Monday 5 December 2011

Isu Di Pinggir Bandar

Bandar yang membangun adalah baik sama ada untuk penduduk bandar atau dari segi ekonomi. Penduduk bandar akan mendapat banyak manfaat dengan pembangunan bandar. Dari segi ekonominya pembangunan bandar dapat meningkatkan ekonomi. pembangunan bandar akan menyebabkan kawasan pinggir bandar akan menghadapi masalah.

Pembagunan dalam bandar menyebabkan timbulnya pelbagai masalah di pinggir bandar. Terdapat pelbagai masalah yang timbul antaranya iaitu kesesakkan lalulintas, kesesakkan kediaman, pencemaran dan banyak lagi masalah yang timbul. Masalah ini boleh menjejaskan kehidupan masyarakat yang tinggal di pinggir bandar. Mungkin hari ini saya akan menghuraikan masalah kesesakkan lalulintas.

Kesesakkan lalulintas kawasan pinggir bandar disebabkan oleh kenderaan yang melalui kawsan tersebut sama ada ke dalam bandar atau ke luar bandar. Semakin pesat sesuatu bandar maka semakin sesaklah laluan di pinggir bandar. Antara yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah pertambahan kenderaan persendirian. hal ini berlaku kerana kebanyakan orang yang telah bekerja menginginkan  kenderaan sendiri kerana ia memudahkan pergerakkan dari satu tempat ke satu tempat.

Kesesakkan lalulintas juga disebabkan oleh kurangnya kenderaan awam yang menyebabkan ramai orang memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Hal ini disebabkan kenderaan awam yang disediakan tidak melalui semua laluan yang ada. Hal ini menyebabkan ramai orang tidak gemar menggunakan kenderaan awam. Selain itu kenderaan awam yang disediakan tidak efisen. Kesannya orang ramai tidak mahu menggunakannya. Keadaan ini menyebabkan kesesakkan lalulintas di kawasan pinggir bandar.

Kesimpulanya kesesakkan lalulintas berlaku disebabkan pertambahan kenderaan persendirian yang menyebabkan laluan keluar masuk bandar yang berada di pinggir bandar menjadi sesak. Kekurangan dan kurang efisen kenderaan awam juga menyebabkan berlakunya kesesakkan di pinggir bandar.

No comments:

Post a Comment